Pengambilan Pelajar Baharu Tingkatan Satu Sesi 2019

      Comments Off on Pengambilan Pelajar Baharu Tingkatan Satu Sesi 2019

Pada 29 November 2018,  sekolah telah mengadakan pengambilan pelajar pelajar baharu tingkatan satu bagi sesi 2019. Sebanyak 240 borang telah dijual kepada waris-waris yang ingin menempatkan anak mereka di sini. Borang yang berharga RM8 telah dijual selama seminggu.

Alhamdulillah, proses penjualan borang telah berjalan dengan lancar sekali yang dibantu oleh pembantu tadbir sekolah, En. Naufal dan beberapa pelajar tingkatan empat dan dipantau oleh beberapa orang guru, iaitu Ustaz Rashid, Ustaz Sobri  dan Ustaz Ibni.

Sesi temuduga telah diadakan sejurus tamatnya proses penjualan borang temuduga. Sesi temuduga didakan pada hari Sabtu, 8 Disember 2018 yang akan dipantau oleh guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam melancarkan sesi temuduga di sekolah.Sesi temuduga telah bermula pada pukul 8.30 pagi dan tamat kira-kira pukul 2.00 petang. Sesi ini juga diadakan dalm dua bentuk ujian, Ujian Bertulis dan Ujian Lisan. Ujian Bertulis diadakan serentak di Dewan Al-Faateh dan beberapa kelas yang telah ditetapkan, sementara Ujian Lisan diadakan di Maktabah Habib Al-Mashoor selepas tamatnya Ujian Bertulis. ujian Lisan dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu Ujian Tilawah Al-Quran dan Ujian Sahsiah. Berikut merupakan suasana ketika sesi temuduga berlangsung:

Dengan izin Allah, sesi temuduga untuk kemasukan pelajar-pelajar baharu tingkatan satu ke SMA Maahad Al Mashoor Al Islami telah berjalan dengan lancar sekali. Sekalung tahniah dan syabas buat semua guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan sesi ini.

Akhir kata, pihak sekolah telah mengambil berat dan meneliti dalam pengambilan pelajar baharu tingkatan satu sesi 2019 kerana pelajar ini akan menjadi tonggak utama kejayaan sekolah pada masa hadapan . Oleh yang demikian, pihak sekolah telah menjalankan sesi Ujian Bertulis dan Ujian Sahsiah agar semua pelajar tingkatan satu mampu menjadikan diri mereka sebagai pelajar yang cemerlang dan terbilang dari aspek kurikulum, ko-kurikulum dan sahsiah yang baik sepanjang berada di sekolah ini. Pihak sekolah juga akan berusaha sedaya upaya mendidik pelajar-pelajar ini agar menjadi remaja yang berfikiran kritis dan kreatif di samping mementingkan ilmu ukhrawi.