KEMASUKAN DAN PENDAFTARAN ASRAMA PELAJAR TINGKATAN 5 DAN TINGKATAN 6

      Comments Off on KEMASUKAN DAN PENDAFTARAN ASRAMA PELAJAR TINGKATAN 5 DAN TINGKATAN 6

Pada 31 Oktober 2021 iaitu bersamaan dengan hari Ahad, Kemasukan dan Pendaftaran Asrama Pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 diadakan di Maahad Al Mashoor Al Islami. 

Kemasukan dan pendaftaran asrama ini diadakan sebaik sahaja sekolah menerima arahan bahawa pelajar yang perlu menduduki peperiksaan  penting boleh memulakan pengajian secara bersemuka di sekolah.

Berikut di atas merupakan senarai nama dan tugasan jawatankuasa yang terlibat.

Semua ahli jawatankuasa hendaklah berada di kawasan sekolah sebelum pukul 2 tengahari. Hal ini kerana program ini bermula pada pukul 2 tenghari sehingga 5 petang.

Para pelajar tidak disarankan untuk datang secara serentak sebaliknya datang secara berperingkat.

Berikut merupakan pecahan waktu yang perlu dihadiri mengikut kelas-kelas Tingkatan 5 dan Tingkatan 6:

2 tengahari sehingga 3 petang:

  • 5 Al Biruni

  • 5 Al Farabi

3 petang sehingga 4 petang:

  • 5 Al Khawarizmi
  • 5 Al Jazari

4 petang sehingga 5 petang:

  • Pelajar Tingkatan 6

Sebanyak 2 kaunter diwujudkan, iaitu Kaunter A dan Kaunter B. Jawatankuasa yang bertugas di Kaunter A perlulah menanda senarai nama pelajar yang hadir dan memberikan kit ujian kendiri COVID-19 kepada para pelajar.

Para pelajar dikehendaki untuk menjalankan ujian kendiri tersebut di mana-mana persekitaran sekolah. Selepas 15 minit, pelajar perlulah bergerak ke Kaunter B. Jawatankuasa yang bertugas di Kaunter B hendaklah memeriksa suhu para pelajar, menerima keputusan ujian kendiri para pelajar serta mengutip borang-borang yang berkaitan dengan asrama. 

Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar dan mematuhi SOP yang ditetapkan.