PESTA PANTUN SM PERINGKAT KEBANGSAAN 2021

      Comments Off on PESTA PANTUN SM PERINGKAT KEBANGSAAN 2021

Setelah memenangi Pesta Pantun Peringkat Negeri pada bulan lepas, kini, para peserta bertanding pula di Peringkat Kebangsaan. 

Pesta Pantun tersebut diadakan atas talian dan para peserta dikehendaki bertanding di Pusat Sumber Sekolah. Ketika pertandingan berlangsung, guru pembimbing tidak dibenarkan bersama para peserta.

Walaupun tidak memenangi tempat pertama, namun, ‘team’ Pesta Pantun ini telah melakukan yang terbaik dan tetap menang di hati warga MMI. 

Terima kasih buat guru-guru dan staf yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan pertandingan ini.

Syabas diucapkan!