PENGAMBILAN PELAJAR TINGKATAN 1 2022

      Comments Off on PENGAMBILAN PELAJAR TINGKATAN 1 2022

Setelah tamat tempoh sesi pendaftaran atas talian bagi Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 2022, maka, program Pengambilan Pelajar Tingkatan 1 bagi tahun 2022 dilaksanakan pada hari Sabtu, 4 Disember 2021. Di bawah merupakan senarai nama dan tugasan jawatankuasa yang terlibat pada hari tersebut. 

Program ini dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Sesi 1 dan Sesi 2. Hal ini bagi mengelakkan kesesakan dan perlu mematuhi SOP. 

Sesi 1 melibatkan calon-calon perempuan manakala Sesi 2 melibatkan calon-calon lelaki.

kaunter pndftaransesi 1

Pendaftaran Sesi 1 iaitu bagi calon-calon perempuan yang diadakan pada pukul 7.30 pagi sehingga 8.30 pagi.

kaunter pendaftaran sesi 2 f1 4

Pendaftaran Sesi 2 iaitu sekitar pukul 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Sesi 2 ini melibatkan calon-calon lelaki.

Gambar di atas menunjukkan calon-calon perempuan sedang bersedia untuk menduduki Ujian Bertulis di Dewan Fateh.

ujian bertulis sesi 2 f1 2

Antara calon lelaki yang bakal menduduki Ujian Bertulis di Dewan Fateh.

Beberapa calon menduduki Ujian Al-Quran di kelas Tingkatan 5.

Ujian Al-Quran juga turut dijalankan di Pusat Sumber Sekolah. Video di atas menunjukkan calon bagi sesi 1 dan sesi 2 yang menduduki Ujian Al-Quran.

Antara guru dan para pelajar Tingkatan 6 yang terlibat bagi menjayakan program ini.

Untuk maklumat semua,  waris atau penjaga dikehendaki menghantar anak secara ‘drop-off’ dan apabila calon sudah selesai menduduki ujian, waris boleh mengambil anak di kawasan bangunan pentadbiran sekolah.

Keputusan bagi calon yang layak, akan dikeluarkan pada minggu pertama bulan Januari 2022 akan datang.

Rayuan akan dibuka pada bulan Februari/Mac 2022. Sebarang pertanyaan, waris bolehlah menghubungi pejabat sekolah di talian 04-8661190.