PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2022

      Comments Off on PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2022

Setelah menduduki Ujian Kemasukan ke Tingkatan 1 pada bulan lalu dan layak untuk menjadi pelajar MMI, bakal pelajar tingkatan 1 perlu menghadiri ke MMI untuk mendaftar diri dan mengambil buku teks. 

Seramai 156 pelajar yang hadir untuk proses pendaftaran ini. Oleh hal yang demikian, program ini terbahagi kepada beberapa sesi bagi memudahkan urusan dan mengelak kesesakan orang ramai. Berikut merupakan pembahagian pelajar yang perlu hadir pada waktu tertentu dan maklumat tambahan mengenai program ini:

 

Pelajar hendaklah bergerak ke Kaunter A terlebih dahulu bagi menyelesaikan urusan koperasi. Kemudian, pelajar dikehendaki bergerak ke Kaunter B bagi menghantar borang berkaitan mengenai pendaftaran kepada jawatankuasa yang terlibat. Seterusnya, pelajar perlu bergerak ke Kaunter C bagi mengambil Buku Teks Tingkatan 1 yang bakal digunakan pada sesi hadapan. 

Syukur Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program ini. 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya memohon kemasukan ke MMI. Gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk menuntut ilmu. Sesungguhnya ilmu itu pelita hidup dalam kehidupan. 

Anda semua hebat!

Oh, jangan lupa ya janji temu adik-adik bersama MMI pada 20 Mac 2022 ini bagi program Pendaftaran Asrama, Pembayaran Yuran Makan Asrama (YMA) serta Taklimat Waris dan Pelajar.