UJIAN BERTULIS SPM 2021

      Comments Off on UJIAN BERTULIS SPM 2021

Setelah menduduki beberapa ujian seperti Ujian Bertutur Bahasa Melayu, Ujian Amali Sains, Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta Ujian Bertutur Bahasa Inggeris, maka calon-calon SPM perlu menduduki UjianBertulis SPM.  

Ujian Bertulis SPM 2021 ini berlangsung dari 2 Mac sehingga 29 Mac 2022. 

Sebelum memasuki dewan peperiksaan, calon-calon SPM MMI dikehendaki berkumpul di ‘foyer’ terlebih dahulu bagi membacakan doa dan menerima kata-kata semangat daripada guru-guru serta menyemak perkara terakhir yang perlu ada seperti kad pengenalan dan kelengkapan alat tulis yang mencukupi memandangkan kotak pensel tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan peperiksaan.

Setiap usaha para pelajar pasti membuahkan hasil. Selamat maju jaya diucapkan buat anak-anak MMI yang menduduki SPM 2021. Anda pasti boleh!