MALAM CINTA RASUL

      Comments Off on MALAM CINTA RASUL

29 OKT 2022

SEMPENA Bulan Dakwah 3.0, YADIM Pulau Pinang dengan kerjasama Maahad Al Mashoor, Balik Pulau pada 29 Oktober mengadakan program Gema Selawat Maahad Al Mashoor Berselawat di Balik Pulau.
Pengisian program ini adalah persembahan alunan Qasidah Kumpulan Ashabul Ansor dan As Saidiyah, Tausiah Perdana, alunan selawat beramai – ramai dan Solat Hajat munajat Malaysia Sejahtera.
Hampir 500 pelajar hadir memenuhi program yang julung kali diadakan ini.
Slot Tausiah Perdana menampilkan Ustaz Ibrahim Yusoff sebagai penceramah jemputan pada malam itu.
Turut hadir bersama Ustaz Muhammad Luqman Sabri, Penolong Pegawai YADIM Negeri Pulau Pinang.