
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempelawa warganegara Malaysia yang berminat untuk memohon kemudahan Program Biasiswa Kerajaan Arab Saudi Tahun 2023 bagi mengikuti pengajian di peringkat
• Diploma
• Ijazah Sarjana Muda
• Ijazah Sarjana
• Ijazah Kedoktoran
Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti Sains Politik, Undang-Undang, Pengkhususan Pendidikan, Pentadbiran Perniagaan, Ekonomi, Kejuruteraan, Sains Komputer, Pertanian, Syariah dan Pengajian Bahasa di universiti terpilih di Arab Saudi.
Calon perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur dan membuat permohonan secara dalam talian di laman sesawang berikut
Tarikh tutup permohonan 1 Januari 2023 (Ahad)