KEMASUKAN SEMULA PELAJAR TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 6

      Comments Off on KEMASUKAN SEMULA PELAJAR TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 6

Selepas cuti sekolah akhir tahun 2021 yang hampir 4 minggu berlalu, para pelajar MMI kembali ke sekolah untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Pada tanggal 9 Januari 2022, hari kemasukan pelajar berlangsung. Program ini bermula pada pukul 12 tengahari sehingga 6 petang.

Setiap tingkatan dan kelas dibahagikan kedatangan mereka mengikut jam. Sebagai contoh, pelajar Tingkatan 5 Al Biruni perlu hadir pada jam 0300 petang dan pelajar Tingkatan 5 Al Farabi mestilah hadir pada jam 0400 petang. Hal ini bagi mengelakkan kesesakan dan kepadatan orang ramai memandangkan kita masih perlu memtuhi SOP yang ditetapkan. 

Setibanya pelajar di sekolah, pelajar hendaklah pergi ke Kaunter A untuk mengambil kit ujian kendiri COVID-19 dan para pelajar dikehendaki untuk mengambil ujian kendiri tersebut di mana-mana kawasan sekolah. Sekiranya keputusan ujian kendiri tersebut adalah negatif, pelajar dikehendaki untuk pergi ke Kaunter B untuk melaksanakan urusan kemasukan asrama. Sekiranya keputusan ujian kendiri itu adalah positif, pelajar mestilah pulang ke rumah dengan segera. 

Untuk pengetahuan semua, Kaunter A terletak di bahagian parkir kereta guru, manakala, Kaunter B terletak di Aspuri dan Aspura. Pihak PDRM juga turut hadir ke sekolah bagi memantau pematuhan SOP di sekolah.