Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) merupakan sebuah koperasi yang mewakili seluruh Malaysia. ANGKASA juga merupakan badan yang mewakili gerakan koperasi Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Pada 9 Januari 2022, pihak ANGKASA telah memberi sedikit sumbangan bakul makanan kepada beberapa pelajar MMI yang layak menerimanya. Bakul makanan tersebut mengandungi makanan-makanan harian dan ‘ready-to-eat’ seperti roti, nestum dan oat.
Jutaan terima kasih diucapkan daripada kami, warga MMI kepada pihak ANGKASA kerana sudi menghulurkan sumbangan kepada para pelajar MMI. Sumbangan anda sangat kami hargai.
Jazakumullah Khairan.