MINI OLIMPIAD FALAK MALAYSIA

      Comments Off on MINI OLIMPIAD FALAK MALAYSIA

MMI telah menghantar wakil untuk menyertai Mini Olimpiad Falak Malaysia dan Alhamdulillah, pelajar kita berjaya meraih tempat bagi kategori tertentu.

Bagi kategori Asas Ilmu Falak, Muhammad Amir Bin Zulkarnain meraih tempat kedua. Bagi kategori Simulasi Cerapan, Siti Rukayyah Binti Ibrahim berjaya meraih Pingat Perak. Seterusnya, bagi kategori Penentuan Arah Kiblat, Amirah Farhana Binti Amir meraih Pingat Gangsa.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta. 

TAKLIMAT DAN WATIKAH PELANTIKAN GURU MUDA SPM

      Comments Off on TAKLIMAT DAN WATIKAH PELANTIKAN GURU MUDA SPM

Taklimat dan Watikah Pelantikan Guru Muda SPM diadakan pada 8 November 2021 di Pusat Islam Syed Sheikh Al Hadi. Program ini turut disertai oleh:

  •  Tuan  Pengetua
  •  Penolong- Penolong Kanan
  • Guru- Guru Kanan
  • Guru- Guru Subjek Tingkatan 5 
  • Semua Warden Asrama
  • Jawatankuasa Watikah Pelantikan dan Taklimat yang terlibat pada hari program dijalankan
  • Semua Guru Muda dan murid yang terlibat

Berikut merupakan Tentatif Program dan Senarai Penerima Guru Muda:

Jom, kita lihat peristiwa yang berlaku dengan lebih dekat! 

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua guru, kakitangan dan murid yang terlibat secara langsung atau tidak kerana menjayakan program ini. Anda hebat!

PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING

      Comments Off on PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Program Bimbingan dan Kaunseling ini diadakan pada hari Ahad iaitu bersamaan dengan 7 November 2021. Program ini diadakan di Pusat Islam Syed Sheikh Al-Hadi. Antara pelajar yang terlibat ialah pelajar Tingkatan 5. 

Program ini bertujuan untuk memberi motivasi kepada para pelajar terutamanya ketika masih di awal sesi persekolahan secara bersemuka selepas beberapa bulan pelajar belajar secara atas talian. Pelbagai aktiviti dilakukan, antaranya ialah, aktiviti regangan dan cara mengurus tekanan dengan baik. 

Terima kasih diucapkan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling kerana menganjurkan program ini dan terima kasih juga buat para pelajar yang sudi memberi kerjasama. Anda hebat!

KEMASUKAN DAN PENDAFTARAN ASRAMA PELAJAR TINGKATAN 5 DAN TINGKATAN 6

      Comments Off on KEMASUKAN DAN PENDAFTARAN ASRAMA PELAJAR TINGKATAN 5 DAN TINGKATAN 6

Pada 31 Oktober 2021 iaitu bersamaan dengan hari Ahad, Kemasukan dan Pendaftaran Asrama Pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 diadakan di Maahad Al Mashoor Al Islami. 

Kemasukan dan pendaftaran asrama ini diadakan sebaik sahaja sekolah menerima arahan bahawa pelajar yang perlu menduduki peperiksaan  penting boleh memulakan pengajian secara bersemuka di sekolah.

Berikut di atas merupakan senarai nama dan tugasan jawatankuasa yang terlibat.

Semua ahli jawatankuasa hendaklah berada di kawasan sekolah sebelum pukul 2 tengahari. Hal ini kerana program ini bermula pada pukul 2 tenghari sehingga 5 petang.

Para pelajar tidak disarankan untuk datang secara serentak sebaliknya datang secara berperingkat.

Berikut merupakan pecahan waktu yang perlu dihadiri mengikut kelas-kelas Tingkatan 5 dan Tingkatan 6:

2 tengahari sehingga 3 petang:

  • 5 Al Biruni

  • 5 Al Farabi

3 petang sehingga 4 petang:

  • 5 Al Khawarizmi
  • 5 Al Jazari

4 petang sehingga 5 petang:

  • Pelajar Tingkatan 6

Sebanyak 2 kaunter diwujudkan, iaitu Kaunter A dan Kaunter B. Jawatankuasa yang bertugas di Kaunter A perlulah menanda senarai nama pelajar yang hadir dan memberikan kit ujian kendiri COVID-19 kepada para pelajar.

Para pelajar dikehendaki untuk menjalankan ujian kendiri tersebut di mana-mana persekitaran sekolah. Selepas 15 minit, pelajar perlulah bergerak ke Kaunter B. Jawatankuasa yang bertugas di Kaunter B hendaklah memeriksa suhu para pelajar, menerima keputusan ujian kendiri para pelajar serta mengutip borang-borang yang berkaitan dengan asrama. 

Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

 

Task Force SPM 2021: PPD Barat Daya Prihatin

      Comments Off on Task Force SPM 2021: PPD Barat Daya Prihatin

HEBAHAN BUAT ANAK-ANAK MMI

Unit Bimbingan dan Kaunseling SMA Maahad Al Mashoor Al Islami Balik Pulau akan mengadakan program motivasi pelajar SPM 2021 (Task Force SPM 2021: PPD Barat Daya Prihatin) 

SLOT 3: PENGURUSAN MASA PELAJAR
Seperti ketetapan berikut;
Tarikh : 6 OKTOBER 2021 (RABU)
 Masa : 8.00 PAGI – 9.30 PAGI
 Platform : Google meet
https://meet.google.com/zsw-runn-oxn

Terbuka kepada SEMUA PELAJAR SPM 2021

SEMUA peserta akan mendapat E-SIJIL
(Link E-SIJIL akan diberikan di hujung program)

Jom join rakan-rakan, teman saya! Jumpa anda di sana!!