PROGRAM MOTIVASI MENGGAPAI BINTANG

      Comments Off on PROGRAM MOTIVASI MENGGAPAI BINTANG

Pada 15 Januari 2022, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan satu program motivasi persediaan menghadapi peperiksaan iaitu, Program Motivasi Menggapai Bintang. Antara pelajar yang terlibat dalam program ini ialah pelajar yang menghadiri tuisyen dengan guru-guru subjek.

Program ini bertempatkan di Pusat Islam Syed Sheikh Al-Hadi. Antara teknik yang dikongsikan oleh UBK kepada para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan ialah Teknik Energizer “Brain Gym”. Mereka juga memberi ceramah melalui tayangan slaid dan video yang berkaitan.

Dengan adanya program seperti ini, diharapkan anak-anak MMI sentiasa bersemangat dan bermotivasi untuk menuntut ilmu dan menduduki peperiksaan yang tidak lama lagi. 

Ayuh bangkit anak-anak MMI!

PEMANTAUAN PENGOPERASIAN OLEH BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM DI MMI

      Comments Off on PEMANTAUAN PENGOPERASIAN OLEH BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM DI MMI

Pada pagi 14 Januari 2022, SMA Maahad Al Mashoor Al Islami telah menerima lawatan daripada tetamu kehormat. Tetamu kehormat tersebut adalah Bahagian Pendidikan Islam daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya. 

Bahagian Pendidikan Islam daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya tersebut mengadakan pemantauan pengoperasian di sekolah. Antara kawasan yang dilawati ialah bilik-bilik darjah, kantin sekolah, Dewan Makan Aspura dan Aspuri serta Pusat Islam Syed Sheikh Al Hadi.

Selesai mengadakan lawatan di sekitar kawasan sekolah, pada waktu tengahari,
Ustaz Khamal turut menyertai warga Maahad Al Mashoor
Al Islami menunaikan solat Jumaat di Pusat Islam Syed Sheikh Al Hadi.

Warga putera MMI di Pusat Islam tersebut.

Pengetua, Ustaz Azmi memberikan sumbangan kepada tetamu kehormat kita.

Akhirulkaram, pihak Maahad Al Mashoor Al Islami berasa berbesar hati menerima lawatan daripada Bahagian Pendidikan Islam ini. Alhamdulillah, proses pemantauan pengoperasian ini berjalan dengan lancar seperti yang dikehendaki. 

SUMBANGAN BAKUL MAKANAN OLEH ANGKASA

      Comments Off on SUMBANGAN BAKUL MAKANAN OLEH ANGKASA

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) merupakan sebuah koperasi yang mewakili seluruh Malaysia. ANGKASA juga merupakan badan yang mewakili gerakan koperasi Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 

Pada 9 Januari 2022, pihak ANGKASA telah memberi sedikit sumbangan bakul makanan kepada beberapa pelajar MMI yang layak menerimanya. Bakul makanan tersebut mengandungi  makanan-makanan harian dan ‘ready-to-eat’ seperti roti, nestum dan oat. 

Jutaan terima kasih diucapkan daripada kami, warga MMI kepada pihak ANGKASA kerana sudi menghulurkan sumbangan kepada para pelajar MMI. Sumbangan anda sangat kami hargai. 

Jazakumullah Khairan. 

KEMASUKAN SEMULA PELAJAR TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 6

      Comments Off on KEMASUKAN SEMULA PELAJAR TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 6

Selepas cuti sekolah akhir tahun 2021 yang hampir 4 minggu berlalu, para pelajar MMI kembali ke sekolah untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Pada tanggal 9 Januari 2022, hari kemasukan pelajar berlangsung. Program ini bermula pada pukul 12 tengahari sehingga 6 petang.

Setiap tingkatan dan kelas dibahagikan kedatangan mereka mengikut jam. Sebagai contoh, pelajar Tingkatan 5 Al Biruni perlu hadir pada jam 0300 petang dan pelajar Tingkatan 5 Al Farabi mestilah hadir pada jam 0400 petang. Hal ini bagi mengelakkan kesesakan dan kepadatan orang ramai memandangkan kita masih perlu memtuhi SOP yang ditetapkan. 

Setibanya pelajar di sekolah, pelajar hendaklah pergi ke Kaunter A untuk mengambil kit ujian kendiri COVID-19 dan para pelajar dikehendaki untuk mengambil ujian kendiri tersebut di mana-mana kawasan sekolah. Sekiranya keputusan ujian kendiri tersebut adalah negatif, pelajar dikehendaki untuk pergi ke Kaunter B untuk melaksanakan urusan kemasukan asrama. Sekiranya keputusan ujian kendiri itu adalah positif, pelajar mestilah pulang ke rumah dengan segera. 

Untuk pengetahuan semua, Kaunter A terletak di bahagian parkir kereta guru, manakala, Kaunter B terletak di Aspuri dan Aspura. Pihak PDRM juga turut hadir ke sekolah bagi memantau pematuhan SOP di sekolah. 

MOTIVASI “LET’S STRIVE TOGETHER”

      Comments Off on MOTIVASI “LET’S STRIVE TOGETHER”

Pada 8 Januari 2022, Unit Bimbingan Kaunseling telah mengadakan program motivasi ‘Let’s Strive Together’ bersama pihak Yosh MyfundAction. Di bawah merupakan butiran mengenai program ini:

  •  Hari: Sabtu
  • Masa: 2100 malam – 2200 malam
  • Platform: Google Meet 
  • Target Pelajar: Pelajar Tingkatan 4 – Pelajar Tingkatan 6 
Ustazah Nurul Husna Shahruddin merupakan speaker dalam program motivasi ini. Beliau menaikkan semangat para pelajar agar bersungguh-sungguh mengejar impian dan cita-cita walau apa pun dugaan yang dihadapi. Beliau juga turut berkongsi mengenai tips-tips untuk menjadi pelajar yang cemerlang, baik dari segi akademik dan juga sahsiah. 
 
Semoga para pelajar MMI sentiasa bersemangat dan tidak mudah berputus asa dalam menuntut ilmu terutamanya dalam era pandemik yang penuh dengan cabaran ini.