URUSAN BUKU TEKS TINGKATAN 1,2 & 3 2022

      Comments Off on URUSAN BUKU TEKS TINGKATAN 1,2 & 3 2022

Pada 26 Februari 2022, program bagi Urusan Buku Teks Tingkatan 1,2 dan 3 2022 dijalankan. Program ini melibat pengambilan dan pemulangan buku teks serta urusan koperasi. 

Seawal jam 8.00 pagi lagi jawatankuasa telah berada di kaunter masing-masing. Program ini dimulakan dengan pemulangan buku teks bagi tingkatan 3. Hal ini kerana, sejurus sahaja pelajar tingkatan 3 memulangkan buku teks, mereka perlu menduduki Ujian Kelayakan Masuk ke Tingkatan 4.

Urusan Koperasi akan bermula pada pukul 2.30 hingga 3.30 petang. Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai program ini:

 

Gambar di bawah menunjukkan pergerakan waris ketika program berlangsung:

 

Berikut merupakan carta alir bagi urusan buku teks dan koperasi bagi setiap tingkatan yang terlibat pada hari tersebut:

 

Situasi ketika program dijalankan:

Syukur kepada Allah S.W.T kerana urusan program ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Terima kasih buat jawatankuasa yang terlibat kerana sanggup mengorbankan masa demi menjayakan program ini. 

MAJLIS BACAAN YASIN SPM DAN STAM SESI 2021

      Comments Off on MAJLIS BACAAN YASIN SPM DAN STAM SESI 2021

Pada malam 26 Februari 2022, Majlis Bacaan Yasin SPM dan STAM Sesi 2021 diadakan.

Majlis ini dijalankan secara fizikal dan atas talian. Bagi mereka yang tidak berada di sekolah, boleh menyertai majlis ini di pautan Google Meet tersebut.

Bagi mereka yang berada di sekolah, majlis ini akan diadakan di Pusat Islam Syed Sheikh Al Hadi. Majlis ini akan ditayangkan secara ‘Live’ melalui Google Meet.

Semoga kita semua diredhai oleh Allah S.W.T dan segala urusan anak-anak MMI yang bakal menduduki peperiksaan penting ini sentiasa dipermudahkan oleh-Nya. 

UJIAN KELAYAKAN MASUK TINGKATAN 4 2022

      Comments Off on UJIAN KELAYAKAN MASUK TINGKATAN 4 2022

Ujian Kelayakan Masuk Tingkatan 4 2022 diadakan sejurus sahaja pelajar tingkatan 3 2021 selesai dengan urusan pemulangan buku teks di Kaunter A (Reading Corner).

Sebanyak 3 ujian yang perlu diduduki oleh para pelajar. Ujian tersebut ialah:

  • Sains
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik

Ujian ini dilaksanakan seawal jam 9.00 pagi. Berikut merupakan pembahagian waktu bagi setiap ujian serta maklumat lanjut mengenai ujian tersebut:

Melalui ujian ini, guru dan pelajar dapat mengenal pasti kebolehan dan minat dalam sesuatu bidang, sekaligus, dapat memudahkan urusan pemilihan aliran ketika di tingkatan 4 nanti.

Selamat maju jaya diucapkan kepada para pelajar. Anda pasti boleh!

 

PERTANDINGAN FILEM PENDEK

      Comments Off on PERTANDINGAN FILEM PENDEK

Pada 1 Ogos hingga 3 September 2021, Pertandingan Filem Pendek Sekolah Menengah Peringkat Negeri Pulau Pinang 2021 diadakan di bawah anjuran Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Dengan rasa berbesar hati, pihak MMI ingin mengucapkan tahniah buat anak-anak MMI yang menyertai kerana meraih tempat ke-3 dalam pertandingan ini.

Tahniah dan terima kasih diucapkan buat Cikgu  Naim, selaku guru pengelola.

Sentiasa mumtaz warga MMI!

MAJLIS APRESIASI KOKURIKULUM

      Comments Off on MAJLIS APRESIASI KOKURIKULUM

Program khas iaitu Majlis Apresiasi Kokurikulum ini diadakan sebagai salah satu cara untuk menghargai penyertaan dan pencapaian pelajar SMA Maahad Al Mashoor Al Islami dalam bidang kokurikulum dan sukan sepanjang tahun 2021. Dengan adanya majlis seumpama ini, amatlah diharapkan agar para pelajar berasa dihargai seterusnya membakar semangat mereka untuk terus komited mengasah bakat dengan menyertai segala aktiviti atau pertandingan yang diadakan.

Program ini melibatkan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Program ini bertempat di Dewan SMA Maahad Al Mashoor Al Islami.

Kemudian, program ini mempunyai 2 sesi iaitu:

  • 8.30-9.30 Pagi (Sesi 1)
  • 10.00-11.00 Pagi (Sesi 2)

Semoga program ini dapat memberi kesan positif seperti yang diharapkan kepada para pelajar dan pihak yang terlibat.