Setelah tamat tempoh sesi pendaftaran atas talian bagi Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 2022, maka, program Pengambilan Pelajar Tingkatan 1 bagi tahun 2022 dilaksanakan pada hari Sabtu, 4 Disember 2021. Di bawah merupakan senarai nama dan tugasan jawatankuasa yang terlibat pada hari tersebut.
Program ini dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Sesi 1 dan Sesi 2. Hal ini bagi mengelakkan kesesakan dan perlu mematuhi SOP.
Sesi 1 melibatkan calon-calon perempuan manakala Sesi 2 melibatkan calon-calon lelaki.
Pendaftaran Sesi 1 iaitu bagi calon-calon perempuan yang diadakan pada pukul 7.30 pagi sehingga 8.30 pagi.
Pendaftaran Sesi 2 iaitu sekitar pukul 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Sesi 2 ini melibatkan calon-calon lelaki.
Gambar di atas menunjukkan calon-calon perempuan sedang bersedia untuk menduduki Ujian Bertulis di Dewan Fateh.
Antara calon lelaki yang bakal menduduki Ujian Bertulis di Dewan Fateh.
Beberapa calon menduduki Ujian Al-Quran di kelas Tingkatan 5.
Ujian Al-Quran juga turut dijalankan di Pusat Sumber Sekolah. Video di atas menunjukkan calon bagi sesi 1 dan sesi 2 yang menduduki Ujian Al-Quran.
Antara guru dan para pelajar Tingkatan 6 yang terlibat bagi menjayakan program ini.
Untuk maklumat semua, waris atau penjaga dikehendaki menghantar anak secara ‘drop-off’ dan apabila calon sudah selesai menduduki ujian, waris boleh mengambil anak di kawasan bangunan pentadbiran sekolah.
Keputusan bagi calon yang layak, akan dikeluarkan pada minggu pertama bulan Januari 2022 akan datang.
Rayuan akan dibuka pada bulan Februari/Mac 2022. Sebarang pertanyaan, waris bolehlah menghubungi pejabat sekolah di talian 04-8661190.
Pada 27-28 November 2021, Kejohanan Poomsae Taekwondo telah diadakan secara virtual dan pihak MMI berasa sangat bangga dengan anak-anak MMI yang menyertai kejohanan ini.
Tahniah diucapkan juga buat Amirul Fadhil Bin Ahmad Yasir kerana meraih kemenangan sebagai Peserta Terbaik Lelaki. Beliau juga bersama 3 peserta yang lain berjaya meraih Gold Medal di Peringkat Antarabangsa. Maa Shaa Allah…
Warga MMI mengucapkan syabas kepada anda semua. Tahniah!
Unit Multimedia MMIComments Off on PERTANDINGAN VIDEO PENDEK WIRA ANTI RASUAH
Tahniah diucapkan buat anak-anak MMI yang berjaya mendapat tempat ke-4. Serta, terima kasih juga buat Cikgu Amirul selaku guru yang menguruskan Pertandingan Video Pendek Wira Anti Rasuah SPRM-KPM Peringkat Negeri 2021.
Unit Multimedia MMIComments Off on PESTA PANTUN SM PERINGKAT KEBANGSAAN 2021
Setelah memenangi Pesta Pantun Peringkat Negeri pada bulan lepas, kini, para peserta bertanding pula di Peringkat Kebangsaan.
Pesta Pantun tersebut diadakan atas talian dan para peserta dikehendaki bertanding di Pusat Sumber Sekolah. Ketika pertandingan berlangsung, guru pembimbing tidak dibenarkan bersama para peserta.
Walaupun tidak memenangi tempat pertama, namun, ‘team’ Pesta Pantun ini telah melakukan yang terbaik dan tetap menang di hati warga MMI.
Terima kasih buat guru-guru dan staf yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan pertandingan ini.
MMI telah menghantar wakil untuk menyertai Mini Olimpiad Falak Malaysia dan Alhamdulillah, pelajar kita berjaya meraih tempat bagi kategori tertentu.
Bagi kategori Asas Ilmu Falak, Muhammad Amir Bin Zulkarnain meraih tempat kedua. Bagi kategori Simulasi Cerapan, Siti Rukayyah Binti Ibrahim berjaya meraih Pingat Perak. Seterusnya, bagi kategori Penentuan Arah Kiblat, Amirah Farhana Binti Amir meraih Pingat Gangsa.