10 Keutamaan dan Pahala Solat Berjamaah di Masjid

      Comments Off on 10 Keutamaan dan Pahala Solat Berjamaah di Masjid

1. Pahala Langkah Kaki

“Seorang yang berjalan ke mesjid, maka tiap langkah kakinya akan diberikan satu pahala, dihapuskan satu dosa, dan dinaikan satu derajat oleh ALLAH Subhanahu wa Ta’ala” (HR.Ibnu Majah & Muslim)

2. Pahala Menunggu Waktu Solat

Pergilah awal ke masjid sebelum azan berkumandang. Rasulullah s.a.w. bersabda  :

“Orang yang menunggu solat dimesjid akan diberi pahala seperti solat” (HR.Bukhari)

3. Didoakan oleh Malaikat

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

ﺃَﺣَﺪُﻛُﻢْ ﻣَﺎ ﻗَﻌَﺪَ ﻳَﻨْﺘَﻈِﺮُ ﺍﻟﺼَّﻼَﺓَ ﻓِﻲْ ﺻَﻼَﺓٍ ﻣَﺎ ﻟَﻢْ ﻳُﺤْﺪِﺙْ ﺗَﺪْﻋُﻮْ ﻟَﻪُ ﺍﻟْﻤَﻼَﺋِﻜَﺔُ : ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺍﻏْﻔِﺮْ ﻟَﻪُ ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺍﺭْﺣَﻤْﻪُ .”
“Tidaklah seseorang di antara kalian duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, melainkan para Malaikat akan mendo’akannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah, sayangilah ia.’”

4. Mendapat Perlindungan pada Hari Kiamat

“Ada tujuh golongan yang dinaungi kelak. Dan satunya adalah orang yang hatinya terpaut dengan masjid. Seorang pemuda yang hatinya terikat dengan masjid, orang-orang itulah yang akan mendapatkan perlindungan dari Allah saat kiamat kelak” (HR. Bukhari)

5. Doa Malaikat untuk shaf pertama

Rebutlah saf pertama ketika solat berjemaah :

“Sesungguhnya para Malaikat memberikan sholawat kepada orang-orang yang berada di shaf pertama” (HR. Ibnu Hibban)

Menanggapi sabda Beliau (Rasulullah) , para sahabat bertanya , “Apakah juga kepada orang-orang yang berada di shaf kedua wahai Rasulullah ?”
Kemudian Rasulullah berkata , “Juga kepada orang-orang di shaf kedua .”
(HR. Ahmad dan Ath Thabrani, dihasankan oleh Syaikh Al Albani)

6. Seolah-olah Solat Sepanjang Malam

Dari Utsman bin ‘Affan ia berkata; “Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa melaksanakan solat isyak berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat setengah malam, dan barangsiapa melaksanakan solat isyak dan subuh dengan berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat sepanjang malam.”

7. Terhindar Daripada Sifat Munafik

Dari Abu Hurairah berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Solat yang paling berat bagi kaum munafik adalah solat isya` dan solat subuh. Sekiranya mereka mengetahui pahala yang terdapat pada keduanya nescaya mereka akan mendatanginya meskipun dengan merangkak. Dan aku sangat berkeinginan memerintahkan seorang muadzin untuk azan, kemudian aku perintahkan seorang lelaki mengimami mereka, lalu aku pergi bersama beberapa orang dengan membawa kayu bakar menuju orang-orang yang meninggalkan solat berjemaah untuk kemudian membakar rumah-rumah mereka.” (HR Ahmad No: 9122)

8. Pahala Berjemaah Adalah 27 Kali Ganda

“Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda).”
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)Diantaranya solat berjamaah di mesjid , akan tetapi bagi orang yang sakit akan diberikan pahala yang sama seperti orang solat berjamaah di mesjid apabila orang tersebut melaksanakan solat saat sakit secara munfarid.

9. Diampunkan Dosa Oleh Allah S.W.T

Sabda Rasulullah s.a.w;

“Sesiapa yang berwuduk untuk mengerjakan solat lalu dia berwuduk dengan sempurna kemudian dia pergi ke masjid untuk solat fardhu kemudian dia pun bersolat berserta dengan orang ramai, atau berjemaah atau dalam masjid maka Allah mengampunkan untuknya dosa-dosanya.”

10. Allah Memberikan Jaminan Syurga

Allah menjamin balasan syurga kepada sesiapa yang bersolat berjemaah di masjid.
Hal ini dijelaskan oleh Baginda dalam sabdanya yang bermaksud;

“Tiga golongan semuanya dijamin oleh Allah, seorang yang keluar berperang pada jalan Allah maka Allah jamin sehingga Allah mematikannya lalu dia masuk syurga atau dia kembali dengan memperolehi pahala dan harta rampasan perang. Seorang yang pergi ke masjid maka Allah jamin hingga Allah mematikannya lalu dimasukkan ke dalam syurga atau Allah mengembalikannya dengan mendapat pahala dan ghanimah dan seorang yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam maka Allah jamin ke atasnya.”

Keutamaan Masjid dan Tempat Solat

      Comments Off on Keutamaan Masjid dan Tempat Solat

Allah berfirman:

“Hanyasanya yang meramaikan masjid-masjid Allah, ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.” (at-Taubah: 18)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa mendirikan masjid kerana Allah, sekalipun seperti pondok ayam, nescaya Allah akan mendirikan baginya rumah dalam syurga.”

Sabdanya lagi:

“Apabila seseorang di antara kamu memasuki masjid, maka hendaklah ia solat dua rakaat sebelum ia duduk.”

Sabdanya lagi:

“Tiada akan sempurnalah solat orang yang bertetangga dengan masjid, melainkan di dalam masjid.”

Sabdanya lagi:

“Akan datang kepada manusia suatu masa, mereka akan duduk-duduk dalam masjid, mereka membicarakan tentang hal-ehwal keduniaan, ketahuilah bahawa Allah tiada berhajat kepada orang-orang serupa itu, maka hendaklah kamu menjauhkan diri daripadanya.”

Sumber: Bimbingan Mukminin, Pustaka Nasional Pte Ltd., Singapura (Terjemaah Said Ahmad Semait)

Keutamaan Khusyuk Ketika Solat

      Comments Off on Keutamaan Khusyuk Ketika Solat

Allah berfirman:

“Dan dirikanlah solat itu kerana mengingatiku.” (Taahaa: 14)

Mematuhi perintah itu adalah wajib dan kelalaian dalam solat bertentangan dengan maksud mengingati Allah. Bagaimana seseorang itu dikatakan mendirikan solat untuk mengingati Tuhan, sedangkan ia lalai dan lena dalam solatnya.

Allah berfirman lagi:

“Dan janganlah kamu termasuk golongan orang-orang yang lalai.” (al-A’raaf: 205)

“Sebenarnya telah menanglah orang-orang Mu’minin yang berkhusyu’ dalam solat mereka.” (al-Mu’minun: 1-2)

Allah telah mengkategorikan khusyu’ dalam solat itu sebagai tingkat yang paling tinggi sekali dari tingkat-tingkat kejayaan. Ini adalah sebagai suatu peringatan kepada orang-orang yang lena dan lalai dalam solatnya, bahawa mereka itu adalah berada paling bawah sekali dari tingkat-tingkat kemenangan dari kejayaan yang dimaksudkan dalam ertikata “al-Falah”.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Sesungguhnya solat itu adalah ketenangan hati dan kerendahan diri dan permohonan jiwa, dan anda mengangkat kedua belah tanganmu berkata: Ya Tuhanku! Ya Tuhanku! Barangsiapa tiada melakukan serupa itu, maka solatnya tidak sempurna (kurang syarat-syaratnya).”

Sabda lain:

“Barangsiapa yang bersolat, padahal solatnya itu tiada dapat mencegahnya dari perbuatan keji dan mungkar, maka orang itu tiada akan bertambah sesuatu dari Allah melainkan jauh daripadaNya.”

Diceritakan suatu peristiwa dari Muslim bin Yasar, bahawasanya pada suatu hari dia bersolat di Masjid Basrah, maka dengan tiba-tiba dinding masjid itu runtuh, sekalian orang-orang di pasar (yang berdekatan dengan masjid itu) merasa terkejut kerana kerasnya bunyi keruntuhan itu, akan tetapi Muslim yang sedang mengerjakan solat itu tetap pada tempatnya, menoleh pun tidak. Sesudah solat, apabila dilihatnya orang ramai mengucapkan selamat kepadanya, dia merasa hairan. Katanya: Saya tidak tahu atau rasa dinding itu runtuh.

Berkata Ibnu Abbas: Dua rakaat dalam tafakkur (mengingatkan kebesaran dan kekuasaan Allah Ta’ala) lebih baik daripada beribadat sepanjang malam sedang hatinya lalai.

Sumber: Bimbingan Mukminin, Pustaka Nasional Pte Ltd., Singapura (Terjemaah Said Ahmad Semait)

Keutamaan Sujud

      Comments Off on Keutamaan Sujud

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tiada seorang Muslim pun yang bersujud kepada Allah sekali sujud saja, melainkan Allah mengangkatkan baginya satu darjat (pahala) dan menghapuskan satu keburukan (dosa).”

Dan sabdanya lagi:

“Seseorang hamba paling dekat dengan Tuhannya sewaktu ia bersujud, maka perbanyakanlah berdoa ketika itu.”

Allah berfirman:

“Tanda-tanda mereka ada di wajah mereka tersebab dari bekas (banyaknya) bersujud.” (al-Fath: 29)

Yakni cahaya atau nur kekhusyu’an mereka, kerana cahaya inilah yang dikatakan memancar dari batiniah seseorang, lalu terpapar dilahiriahnya.

Sumber: Bimbingan Mukminin, Pustaka Nasional Pte Ltd., Singapura (Terjemaah Said Ahmad Semait)

Keutamaan Solat Berjemaah

      Comments Off on Keutamaan Solat Berjemaah

Bersabda Rasulullah s.a.w.:

“Sembahyang berjemaah itu melebihi sembahyang bersendiri dengan 27 darjat.”

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah pernah mengesan beberapa orang tidak ikut serta dalam jemaah, lalu baginda berkata: Saya hampir-hampir akan memerintahkan orang lain untuk mengimami orang ramai dalam sembahyang, kemudian saya pergi mendapatkan orang-orang yang melewat-lewatkannya (sembahyang berjamaah), lalu saya membakar rumah-rumah mereka.

Dalam sebuah Hadis Marfu’ yang diriwayatkan oleh Khalifah Usman r.a. dari Rasulullah bunyinya:

“Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang Isya’ berjemaah, maka ia seolah-olah mendirikan ibadat sepanjang malam itu.”

Berkata Muhammad bin Wasi:

Saya tiada menginginkan dunia melainkan pada tiga perkara saja:

  1. Seorang saudara yang apabila saya membuat kesalahan, dia akan meluruskan (membetulkan) saya.
  2. Makan dari rezeki yang halal.
  3. Sembahyang dalam berjemaah yang akan diangkat daripadaku semua kelalaianku dan dituliskan bagiku pahala.

Al-Hasan pula berkata:

“Jangan kamu bersembahyang di belakang seorang yang tidak sering mendatangi para ulama.”

Ibnu Abbas r.a. berkata:

“Barangsiapa mendengar suara muazzin, sedangkan dia tiada menjawabnya (menurut pergi sembahyang berjemaah), nyatalah ia tiada mencintai kebaikan, dan tentu sekali kebaikan juga tidak akan mencintainya.”

Sumber: Bimbingan Mukminin, Pustaka Nasional Pte Ltd., Singapura (Terjemaah Said Ahmad Semait)